Friday, November 9, 2012

Syiah Alawi / Nusairiyah


Istilah Alawi diambil dari sempena nama Ali ibn Abi Talib. Namun kemudiannya mereka ini dirujuk sebagai golongan Nusairiyah, sempena nama Abu Shu'ayb Muhammad ibn Nusayr (Ibn Nusair ). Golongan ini dikatakan berasal dari pengikut-pengikut Ibn Nusair,  iaitu murid kepada Imam ke-11 , Hassan al-Askari. 

Salah seorang pengikut Ibn Nusair iaitu al-Kashibi adalah pengasas kepada ajaran Alawi. Pengikut kuat ajaran al-Kashibi iaitu, Al-Tabarani pula menjadi sumber rujukan  bagi golongan Alawi melalui tulisan-tulisan beliau. Al-Tabrani telah menyebarkan ajaran mereka kepada penduduk di kawasan pergunungan barat Syria (Coastal Mountain Range / Silsilat al-Jibal al-Sailiyah  / Jabal an  Nusayriyah),dan dataran Cilicia. Sesetengah sarjana mempercayai kelompok Alawi di wilayah tersebut mempunyai kaitan dengan  keturunan  masyarakat kuno timur tengah seperti, Kanaan dan Hittite.

Pada zaman  Empayar Uthmaniyyah, mereka hidup dalam tertekan dan memberontak apabila pemerintah cuba mengubah fahaman mereka kepada ajaran sunni. Beberapa percubaan pemberontakan tetapi gagal, namun mereka masih mengekalkan wilayah mereka iaitu di kawasan pergunungan dan pesisiran pantai barat Syria tersebut.

Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah , Syria dan Lubnan berada di bawah kekuasaan Perancis. Pemimpin Alawi , Saleh al-Ali telah cuba mempertahankan wilayahnya namun Perancis berjaya menduduki Syria pada tahun 1920.

 Saleh al-Ali
Pada masa penjajahan Perancis, penjajah mengiktiraf Alawi dan memberi autonomi kepada Alawi mendirikan negerinya yang dinamai Kerajaan Latakia. Kebanyakan penduduk Alawi adalah golongan petani miskin. 
Masyarakat Alawi

Pada tahun 1937, negeri Alawi (Latakia) dimasukkan  ke dalam Syria oleh Perancis. Selepas perang dunia ke II, wilayah-wilayah lain turut serta bergabung ke dalam Syria yang akhirnya mencapai kemerdekaan pada tahun 1946.
Bendera Negeri Alawi


Kedudukan Negeri Alawi (hijau) di Syria
Bagaimanapun selepas mencapai kemerdekaan, Syria menghadapi beberapa pemberontakan, rampasan kuasa dan peperangan.  Pada tahun 1958, Syria dan Mesir telah bergabung membentuk Republik Arab Bersatu dibawah pemerintahan Presiden Gamal Abdel Nasser . Namun hanya bertahan selama 3 tahun apabila sekumpulan pegawai tentera mengisytiharkan Syria sebuah negara entiti bebas. 

Hafez al-Assad (berdiri belakang)
Pada tahun 1963, kerajaan Syria mula dikuasai oleh Parti Ba’ath. Pada tahun 1970, Jeneral Tentera Udara, Hafez al-Assad merupakan dari kelompok Alawi telah merampas kuasa kepimpinan Parti Ba’ath. Presiden Parti Ba'ath ketika itu,  Noureddin Mohammed Ali al-Atassi  dipenjarakan. Seterusnya Hafez al-Assad berjaya menamatkan ketidakstabilan politik semenjak kemerdekaan. 
Hafez al-Assad 
Pada tahun 1971, beliau  mengisytihar dirinya sebagai Presiden Syria yang mana sebelum ini dikhaskan untuk golongan sunni. Hafez al-Assad adalah bapa kepada Presiden Syria sekarang iaitu Bashar al-Assad.
Bashar al-Assad.

No comments:

Post a Comment