Monday, October 1, 2012

Syiah Zaidiyah

Golongan fahaman Syiah Zaidiyah pada asalnya adalah pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin, cucunda Saidina Husain. Fahaman mereka tidak banyak perbezaan ketara dengan Ahlu Sunnah diera awal kemunculannya. Para imamnya pun lebih seiring pendapat dengan Ahlu Sunnah, malah imam Abu Hanifah dan imam Malik dan imam sunni lainnya, pun pernah menuntut ilmu dari kalangan imam mereka . Sekarang golongan ini masih ramai di Yaman iaitu kira-kira 40% dari jumlah penduduknya.

Pengikut Zaidiah menerima empat Imam Syiah al-Ithna ‘Asyariyyah yang pertama tetapi mereka memilih Zaid bin Ali sebagai Imam kelima ( Syiah al-Ithna ‘Asyariyyah memilih saudaranya Muhammad al-Baqir). 5 imam secara tertibnya ialah terdiri daripada;

Ali bin Abu Thalib sebagai  Imam pertama
Hasan bin Ali sebagai Imam kedua
Husain bin Ali sebagai Imam ketiga
Ali Zainal Abidin bin Husain sebagai Imam keempat
Zaid bin Ali  sebagai Imam kelima

Mereka tidak mengkafirkan para sahabat nabi Muhammad. Bagi pengikut Syiah Zaidiyah, mereka berpendapat Khalifah ar Rasyidin yang dilantik perlulah melalu proses pemilihan umum. Orang yang kurang syaratnya (spt. Abu Bakar, Umar dan Usman) boleh menjadi khalifah jika dipilih walaupun ada orang yang dirasa paling layak (spt. Ali). Malah mereka menyatakan Saidina Ali tidak pernah menuntut kuasa dari Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Mereka juga beranggapan imam tidak semestinya maksum.

Namun berlaku perubahan dari zaman ke zaman, pegangan mereka bercampur-campur hinggakan berpecah kepada beberapa aliran, diantaranya; 

Seorang ulamanya, imam Shaleh al-Muqbali (1108H) berpendapat bahawa pengikut Zaidiyah di Yaman adalah pengikut Muktazilah. Namun ada yang cenderung kepada mazhab Hanafi, dan ada yang bermazhab kepada mazhab Syafie. Perbezaan kecenderungan ini adalah fenomena biasa, dikalangan ulama islam sentiasa melakukan ijtihad sendiri.

Menurut Muhammad bin Abdul Karim al-Syahrastani ( 474-548H/1076-1153M), dalam bukunya (al-Milal wa an-Nihal), Zaid bin Ali Zainal Abidin , iaitu cucu saidina Husain pernah berguru dengan ulama Muktazilah, iaitu Washil bin ‘Atha. Bagaimanapun tidak direkodkan atau dibuktikan bahawa Zaid berideologikan mazhab Muktazilah. Bahkan sebaliknya, Zaid berideologikan mazhab Ahlu Sunnah. Hal ini ditegaskan sendiri oleh imam Ibnu Taimiyah.

Di antara ulama Syiah Zaidiyah yang mirip kepada Ahlu Sunnah, ialah: Imam Muhammad Ibnu al-Wazir al-Yamani (w 840H), Imam Shalih al-Muqbali (w 1108H), Imam al-Amir as-Shan’ani (w 1182H) dan Imam as-Syaukani (w 1250H), yg terkenal dgn nama Nailul Awthar Syarh Muntaqa’ Akbar. Namun demikian, as-Syaukani telah keluar dari syiah zaidiyyah dan masuk kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun bagi pengikut-pengikut Sulaiman binjarrir al-Zaidi yang menamakan diri mereka sebagai Sulaimaniah, mereka mengiktiraf perlantikan Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah walaupun pada mereka Ali lebih layak. Namun, mereka mengecam keras tindakan Uthman, Aisyah, Thalhah dan Zubair kerana menentang Ali bin Abu Talib.

Manakala ulama yang  cenderung kepada Muktazilah, ialah: Imam Yahya bin Hamzah al-‘Alawi (w 749H) dan Imam Ahmad bin Yahya al-Murtadha (w 840H), 

Terdapat juga golongan Muktazilah di Baghdad seperti Muhammad Abdullah al-Iskafi dan lainnya, menamakan diri sebagai penganut atau pengikut Syiah Zaidiyah.

Selain itu, terdapat juga yang cenderung kepada Syi’ah Imamiyah, seperti: Imam al-Qasim ar-Rasy (w 246H), Imam Yahya bin Husain ar-Rasy (w 298H), Imam Ahmad bin Yahya bin Husain (w325H), Imam Humaidan bin Yahya (w 656H) dan Imam Ahmad bin Sulaiman (w 566H).

Dalam konteks sokongan kepada ahlul bait, baik Washil bin 'Atha dari golongan Muktazilah mahupun tokoh Ahlu Sunnah, seperti imam al-Hasan al-Bashri, imam Abu Hanifah, imam Malik dan lain-lain semuanya amat bersimpati dan menghormati Ahlul bait.

No comments:

Post a Comment