Sunday, September 23, 2012

Salasilah Pecahan Syiah



Syiah membentuk 10–20% di kalangan komposisi penduduk Islam di dunia dan merupakan rumpun kedua terbesar Islam selepas Islam Sunni, Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka menyakini kepimpinan Imam hendaklah dari keturunan Ali bin Abi Talib sebagai Imam pertama. Syiah berpecah kepada beberapa kelompok, yang terbesar ialah Syiah Imam Dua Belas dari pecahan Syiah Imamiyah. Istilah syiah secara umum lazimnya merujuk kepada kelompok Syiah Imam Dua Belas ini.



Syiah Zaidiyyah
Selepas Zaid bin Ali meninggal dunia, pengikut-pengikutnya mengasaskan satu mazhab yang terbina di atas fikrahnya dikenali sebagai Zaidiyyah, iaitu nisbah kepada namanya Zaid bin Ali. Bagi mereka yang menolak kepimpinan atau keimaman Zaid bin Ali dinamakan ar-rafidhah.

Syiah Kaisaniyah
Terdapat kelompok minoriti yang dikenali dengan sebutan “Kaisaniyah” menjadikan putera ketiga Saidina Ali a.s. yang bernama Muhammad bin Ali sebagai imam keempat. Beliau adalah anak Saidina Ali dengan isterinya Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama kabilah ibunya. Pengikut-pengikutnya menyakini bahawa ia adalah Imam Mahdi a.s. yang ghaib di gunung Ridhawi ketika diburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada Muhammad bin Ali bin Abu Thalib. 

Syiah Imamiyah
Sebahagian besar dari mereka datangnya dari golongan ar-Rafidhah. Syiah Imamiyah merupakan aliran Syiah yang paling besar. Ianya juga disebut Syiah Jafariah untuk membezakan dengan puak syiah Zaidiyah dan Kaisaniyah. Terdapat beberapa kelompok kecil dari golongan imamiyah diantaranya Imam Enam (setakat Imam Jafariah), Imam Tujuh (Ismailiah), Imam Lapan (Waqfiyah iaitu sehingga Imam Ali Ridha) dan Imam Dua Belas ataupun  Ithna ‘Asyariah, ialah cabang yang terbesar. Lain-lain dalam lingkungan Imamiyah ialah, Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, ‘Ammariah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.

Syiah Ismailiyah
Walaupun didalam kelompok Imamiyah, namun mereka adalah kelompok Syiah yang kedua terbesar selepas Ithna ‘Asyariyah. Kebanyakannya tinggal di India dan Afrika Timur Utara. Kumpulan ini diasaskan oleh pengikut-pengikut Ismail bin Ja'far (721 – 755), iaitu anak pertama Jaafar ash-Shadiq dan abang kepada Musa al-Kazim. Golongan ini mengamal aliran kebatinan yang melibatkan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan kebebasan mutlak terhadap manusia.

Kelompok terbesar Ismailliyah ialah Aga Khan (Kelompok Nizari), diikuti Bohra Dawoodi (Kelompok Tayyabi) dan Druze.

Agama Baha'i adalah antara agama baru sekarang ini sebenarnya mempunyai kaitannya untuk menghidupkan semula ajaran Ismailliyah. Bagaimanapun agama Baha'i berbeza dengan Syiah, walaupun asal usul pemimpinnya adalah dari Ismailliyah.

Syiah Alawi Nusairiyah
Golongan Syiah yang lebih kecil, seperti Alawi Nusairiyah pula berasal dari ajaran seorang syiah yang bernama al-Kashibi. Al-Kashibi dikatakan pengikut kepada Abu Shu'ayb Muhammad ibn Nusayr (Ibn Nusair ). Ibn Nusayr adalah murid kepada Imam ke-11 , Hassan al-Askari. Mereka mempunyai pengikut di Lubnan, Turki dan Syria.

Pengiktirafan Golongan Syiah
Antara gerakan-gerakan lain berasal dari syiah ialah seperti gerakan Yazidiah, Baha’i, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Harakah Amal dan sebagainya.

Walaupun semua golongan ini adalah dari kelompok syiah ataupun berasal dari fahaman syiah, namun mereka tidak mendapat pengiktiran dari sesama mereka dan sesetengahnya mengkafirkan antara satu sama lain.

Ahli Sunnah Wal Jamaah kini juga tidak mengiktiraf semua golongan Syiah sebagai mazhab Islam yang perlu diikuti malah termasuk Syiah Zaidiyah. Ini kerana pengikut Zaidiyah sekarang berubah dan condong kepada fahaman Muktazilah.

2 comments:

  1. Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka (syiah) sebagai kafir. Insaflah wahai saudara. terima hakikat yg hak dan yang batil.

    ReplyDelete
  2. bole berikan sebab kenapa syiah boleh diterima. Sedangkan terang2 syiah lari dr akidah ahli sunnah. lagi 1 kn kenape golongan syiah menolak sahabat2 Rasulullah, termasuk aishah. Sedangkan Rasulullah yg beri jaminan syurga buat mereka, tetiba syiah melaknat. Mcm ade syok sendiri plak.

    ReplyDelete