Sunday, September 23, 2012

Syiah Imamiyah: Sejarah Kewujudan 12 Imam Syiah

12 Imam: ilustrasi imaginasi pengikut syiah

Kumpulan yang paling masyhur dari kalangan pecahan syiah ialah Syiah Imam Dua Belas (al-Ithna ‘Asyariyyah) ataupun dikenali sebagai Imamiyah/Jaafariah. di Iran yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Pergerakan Hizbollah di Lubnan juga adalah dari golongan Syiah Imam Duabelas. Dan inilah kelompok syiah yang paling besar pada masa kini iaitu menyumbang kira-kira 80% orang syiah di dunia.

Daripada salasilah keturunan Saidina Ali, golongan syiah ini meletakkan mereka sebagai 12 imam yang tertibnya terdiri daripada;

1. Ali bin Abi Talib
2. Al-Hasan bin Ali
3. Al-Husain bin Ali
4. Ali Zainal Abidin bin al-Husain
5. Muhammad al-Baqir bin Zainal Abidin
6. Jaafar as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir
7. Musa al-Kazim
8. Ali ar-Ridha
9. Muhammad al-Jawad
10. Ali al-Hadi
11. Al-Hasan al-‘Askariy
12. Muhammad al-Mahdi

Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir
Salah seorangnya ialah anak Saidina Husain iaitu, Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali r.a, (658M – 713M), namun tidak dilihat sebagai musuh kepada pemimpin Umayyah. Tidak ada satu riwayat pun yang mengatakan beliau mempunyai kepercayaan atau ideologi yang berbeza dengan para sahabat. Beliau merupakan ulamak yang zuhud, dan anak-anak beliau, Muhammad al-Baqir (676M – 743M) dan Zaid merupakan sangat tinggi kewarakan dan ketaqwaan mereka. Segi akidah dan fekah mereka berdua juga sama sepenuhnya dengan ulamak sunnah dari kalangan sahabat dan tabi’in.

Kalau pun ada perbezaan hanyalah pendapat Zaid yang melihat Ali bin Talib lebih utama menjadi khalifah daripada Abu Bakar as-Siddiq. Zaid mengiktiraf kelebihan tiga khalifah terdahulu, tetapi dia berpendapat Ali lebih afdhal. Dia juga berpendapat "harus" melantik khalifah di kalangan mereka yang kurang afdhal. Dengan itu beliau tidak menafikan kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman. Terdapat beberapa pengikutnya bertanyakan pendapatnya mengenai Abu Bakar dan Umar. Maka Zaid mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua. Terdapat pengikutnya tidak bersetuju dan lalu mereka memisahkan diri dari menjadi pengikut Zaid. Golongan ini dikenali sebagai ar-rafidhah (orang yang menolak) kerana mereka menolak kepimpinan Abu Bakar dan Umar dan menolak pendapat Zaid tentang kepimpinan kedua-dua tokoh besar itu. Dan dari golongan inilah yang menjadi pelopor kepada Mazhab al-Ithna ‘Asyariyyah, iaitu yang dikenali mazhab Syiah yang terbesar, Imamiyah. Dari sinilah bermulanya sejarah kenapa pihak sunni menggelar Syiah al-Ithna ‘Asyariyyah sebagai puak ar-Rafidah.

Dalam pemerintahan Umayyah di zaman Hisyam bin Abdul Malik, Zaid meneruskan tradisi datuknya (Saidina Husain) dalam menentang khilafah bani Umayyah dan berakhir dengan beliau terkorban pada tahun 122 H. Selepas kematiannya, pengikut-pengikutnya mengasaskan satu mazhab yang terbina di atas fikrahnya dikenali sebagai Zaidiyyah. Mazhab ini, sekalipun tersenarai di dalam mazhab syiah tetapi ia selari dengan ahli sunnah dalam semua aspek kecuali dalam bab mengatakan Ali lebih utama daripada tiga khalifah ar-rasyidin sebelumnya. Boleh dikatakan hampir tiada perbezaan dalam kebanyakan perkara dengan ahli sunnah.

Jaafar as-Sadiq
Muhammad al-Baqir, meninggal dunia sebelum Zaid selama lapan tahun, iaitu pada tahun 114H telah meninggalkan seorang anak yang alim dan hebat, iaitu Jaafar as-Sadiq (703M – 765M). Dia merupakan salah seorang ulamak yang berpengaruh, seorang faqih yang sangat pintar. Semua pandangannya adalah selari dengan akidah sahabat, tabi’in dan seluruh ulamak sunni. Pengasas mazhab-mazhab Sunni, seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas, menurut beberapa sumber juga mengambil beberapa hadis dari Imam Ja'far ash-Shadiq.

Istilah Jaafariah digunakan adalah berasal daripada nama Jaafar ash-Sadiq, yang merupakan Imam keenam. Jaafariah selalu digunakan untuk menunjukkan mazhab al-Ithna ‘Asyariyyah ini, untuk membezakan dengan Syiah Ismailiyah dan Zaidiyah. 

Di akhir pemerintahan Bani Umayyah, gerakan Abbasiyyah bangun memberontak. Gerakan ini menjalin hubungan kerjasama dengan golongan ar-rafidhah. Akhirnya khalifah Bani Umayyah digulingkan pada tahun 132H dan terbangunlah khalifah Abbasiyyah yang dipimpin oleh Abi al-‘Abbas as-Saffah.

Golongan ar-rafidhah berasa kecewa kerana mereka mahukan kepimpinan dipegang oleh salah seorang dari kalangan cucu cicit Ali bin Abi Talib. Maka mereka bangkit semula untuk menggulingkan khilafah ‘Abbasiyyah dengan membentuk satu jamaah yang dikenali sebagai Talibiyyin (nisbah kepada Ali bin Abi Talib) sebagai saingan kepada puak yang dinisbahkan kepada al-‘Abbas bin Abdul Muttalib. Sampai ke saat itu tidak terdapat sebarang perbezaan dari segi akidah dan fiqah kecuali dalam isu Abu Bakar dan Umar. Golongan ar-rafidah menolak kepimpinan Abu Bakar dan Umar, malah secara terang-terangan melaknat mereka berdua.

Musa al-Kazim
Tahun 148H Jaafar as-Sadiq meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang putera bernama Musa al-Kazim (745M – 799M). Ibunya bernama Hamidah Khatun. Dia lahir ketika berlakunya pergolakan antara Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Beliau juga dikenali sebagai Abu al-Hasan. Musa al-Kazim juga merupakan seorang yang alim dan pernah juga dipenjarakan sewaktu pemerintahan Abbasiyah.

Ali bin Musa ar-Ridha
Musa al-Kazim meninggal dunia pada tahun 183H dengan meninggalkan beberapa orang anak. Antara mereka ialah Ali bin Musa ar-Ridha (765M – 818M). Pada masa zaman Khalifah al- Abbasiyah, al-Ma’mun, beliau mahu mententeramkan keadaan dengan melantik Ali bin Musa ar-Ridha sebagai putera mahkota. Perlantikan ini telah mengundang bantahan yang meluas di kalangan ‘Abbasiyyin (keluarga khalifah). Tetapi Ali ar-Ridha tiba-tiba mati secara mengejut. Golongan at-Talibiyyin menuduh al-Ma’mun telah membunuhnya. Maka sekali lagi timbul pemberontakan demi pemberontakan ke atas pemerintahan Abbasiyah.

Namun tidak ada satupun di antara sebab-sebab yang banyak itu yang menjadi punca kepada perbezaan akidah yang menjadi pegangan mazhab syiah sekarang. Sehingga saat itu, mereka belum lagi mengambil dan berpegang kepada mazhab mereka sendiri yang dipanggil Mazhab Syiah. Hanya yang wujud pada ketika itu adalah pergerakan politik yang bermatlamat untuk mendapatkan kuasa dan menentang pemerintah atas alasan kepimpinan hendaklah dari ahlul bait. Dan juga tidak melibatkan alasan-alasan tauhid seperti yang dipegang oleh Syiah sekarang.

Suara-suara yang mengajak memberontak pemerintahan Abbasiyyah telah tersebar begitu meluas di wilayah Parsi (Iran). Terdapat satu gerakan yang didokong oleh bukan islam yang dinamakan asy-Syu’ubiyyah telah bergabung dengan golongan at-Talibiyyin. Sebahagian penduduk parsi itu menzahirkan kecintaan yang berakar umbi kepada bangsa Parsi dengan segala elemen yang ada padanya termasuk api yang menjadi sembahan mereka.

Muhammad al-Jawad, Ali al-Hadi, Al-Hasan al-‘Askariy, Muhammad al-Mahdi
Selepas kewafatan Ali ar-Ridha, muncul anaknya Muhammad al-Jawad (810M – 835M). Kemudian Muhammad al-Jawad meninggal dunia dibunuh pada tahun 220H. Muncul pula anaknya yang bernama Ali bin Muhammad al-Hadi (827M – 868M). Ali juga kemudiannya terbunuh pada tahun 254H. Muncul pula anaknya al-Hasan bin Ali (846M – 874M) yang mendapat gelaran al-‘Askariy. Beliau mati secara mengejut pada tahun 260H. Beliau tidak mempunyai anak kecuali seorang yang masih kecil berusia lima tahun, bernama Muhammad yang lahir pada tahun 868M. Keadaan bertambah kusut apabila anak yang kecil ini  juga meninggal dunia secara tiba-tiba. Keadaan ini menjadikan puak pemberontak berpecah kepada beberapa kelompok yang sangat banyak. Setiap kelompok adalah berbeza antara satu sama lain dari semua sudut: fikrah, syariah dan akidah.

Syiah al-Ithna ‘Asyariyyah mempercayai 12 imam ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW.  Imam-imam ini dikatakan maksum dan terpelihara dari kesalahan dan dosa.  Mereka juga yakin bahawa anak kecil (Imam ke-12), Muhammad bin al-Hasan al-‘Askariy sebenarnya tidak mati. Bahkan dia berada di tempat persembunyian di atas bukit. Dan dia masih hidup sampai sekarang (kini sudah lebih 1000 tahun). Dan suatu hari nanti dia akan kembali memerintah dunia yang dinamakan al-Mahdi al-Muntazar.

Bagaimanapun, dua belas pemimpin ini tidak mempunyai sebarang perbezaan pendapat berkenaan akidah dan feqah dengan golonan ahli sunnah. Malah ahli sunnah berkeyakinan bahawa imam-imam ini sebenarnya adalah dari kalangan sunni yang berpegang kepada doktrin dan prinsip ahli Sunnah.

18 comments:

  1. syiah bukan agama allah dan rasulnya tetapi agama kuasa sahaja untuk di dunya...

    ReplyDelete
  2. ali bin abi thalib dan anak cucuk2 nya ini mereka tidak pernah muncul perkataan mereka bahwa ada agama syiah yang di pimpin oleh mereka tetapi abdullah bin saba' dari golongan yahudi yang menciptakan kata kata syiah ini dan dia adala seorang yahudi yang muncul di hujung pemerintahan uthman bin affan menciptakan perkataan syiah ini mengagung agung kan alih bin abi tholib... kata syiah sayang kepada ahlul bait .. tetapi pertanyaanya disini aiysha itu siapa yang di lahnat mereka itu bukan ke ahlut bait???

    ReplyDelete
    Replies
    1. al hudais... kalu tak tau cerita jgn memfitnah...Wallahi.... ahll bait rasulullulah cuma 4 orang.. seperti riwayah dari saheh alBokhari sebagai berkata.. Rasulullah s.a.w sedang berada di rumah ummu salamah(salah seorang di antara istri-siteri Rasul s.a.w. yg tiada tegoran baginya dalam alQuraan ) ..dan Rasulullah melihat rahmat nak di turunkan oleh Allah s.w.t dan terus berteriak pada Umu Salam dgn besabda..."panggil kan mereka...panggilkan mereka!. Maka bertanya Umu Salamah.. siapa kah yg Rasullullah s..a.w. mau saya panggil kan itu?... Beliau bersabda.. Panggilkan Fatimah, Ali Bin Abi Talib serta Hassan dan Hussain a.s.(mereka empat orang ini juga di gelar oleh Rasulullah Ahlul kisa)...maka Ummu Salamah bergegas memanggil mereka datang untuk meghadap Rasullah s.a.w. dan ketika itu turun wahyu dari Allah s.w.t ayat 33 surah AlAzhab yang bermaksud.. " Sesungguhnya Allah s.w.t MENGHENDAKI menghapuskan dosa dari kamu wahai ahlul bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya" dan ketika itu 4 orang mereka ini bersama rasullah s.a.w. di selubungkan oleh Rasulullah dengan jubah hitam nya..sambil membaca ayat alquran itu. Unnu salamah cuba untuk ikut serta tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya dan bersabda .."bahawa kamu di jalan yang benar.."

      Delete
    2. maaf .. pembetulan.. Surag Al Ahzab ayat 33

      Delete
    3. maaf typing error (tersilap taip) (Surah AlAhzab ayat 33)

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. ...sebelum waaffat Rasulullah s.a.w lagi dah ada syiah... kamu fahamkah apakan maksud syiah... dalam kelompok sahabat Rasulullah s.a w senidiri banyak sekali syiah.. siah abubakar (orang menyokong ameerul sayidiba abu bakar) kelompok yang yang menyokong omar ibnul khattab syiah Omar and Ali bin abi talib a.s.juga .. juga syiah Muawyah . Cuma Ketika Muawyah memerintah dan disebabkan Muawyah parti componan yang memerintah maka tinggallah ketika itu apabila orang kamu berpihak kepada Ameerul Mukminin Muawyah atau syiah Ali Ibni Abi Talib a.s. Subhanallah! Waffat sahaja Rasulullah: sedang ahlul Bait , keluarga(isteri-isteri dan sahabat-sahabat yang rapat - yang kasih betul-betul pada keluarga dan anak cucu Rasulullah menguruskan jenazah.. kaum anzar telah telah mengadakan muktamar di Tempat bernama Tsakifah bani Sa'idah .. ada dua kubu ( kaum Ansar dan kaum khazraj) masing-masing berebut rebut nak lantik ketua ketua mereka sebagai Khalifah bagi mengganti kan Rasulullah.. Omar dan Abi Bakar melihat itu lantus mereka juga pergi kesana untuk meredakan situasi merebutkuasa.. sedang mereka sedang mengatakan si polah atau si polan patut mengantikan Rasulullah s.a.w ,Omar pun berteriak " Abu Bakar lah yg sewajarnya menggantikan Rasulullah dengan alasan- 1. dia adalah bapa mertua Rasulullah s.a.w dan - 2.Rasululullah s.a.w. pernah menyuruh Abu bakar menggantikan beliau sebagai meng Imamkan salah umat islam waktu ketiadaan beliau.. Omar bin Alkhattab pun berkata aku Baiah pada Abu Bakar Assiddiq.. bila yg lain mendengar teriakan itu tiba tiba keadaan menjadi reda dan masing-masing mulalah Baiah pada Abubakar..KIta dapat lihat dalam peristiwa in sesungguhnya Abubakar dilantik oleh Omar (di saraankan oleh Omar- bukan Syurrah seperti yang di laung-laungkan oleh kebanyakan ulamak di zaman ini)) dan cuma di sokong oleh kebanyakan yg hadir di Tsaqifah. Lantas mereka ini pulang ke rumah Rasulullah dan Omar berteriak sesungguh nya Allah telah merahmati Umat Islam dengan mendapatkan penggantian untuk menjaga umat islam ia itu Abu Bakar Assiddiq... Terkunang-kunang keluarga Rasulullah ketika itu mendengarkan berita itu di hadapan jasad Nur Muhammad s.a.w...(kerana meraka langsung tak di undang untuk melantik pengganti Rasulullah s.a.w) alasan Omar pada keluarga Rasulullah ialah Ali terlalu muda dan banyak lagi orang tua-tua yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. dan memaksa sekelian Ahli rumah Rasulullah untuk bersetuju dan baiah pada Abu Bakar Assidiq.. sebab tu cari dan baca sejarah sebelum membabi buta menghukum keluarga Rasulullah sebagai pengkhianat agama dan bangsa arab (wa nauzubillah hi min zalik)..Ingat lah kata kata ini..."Sesungguhnya Kalau kita nak tanya tentang kebaikan dan benarnya seseorang itu tanya lah pada keluarga n sahabat sahabat yg betul-betul cintakannya dan kalu kita nak tahu atau nak tanya tentang keburukkan seseorang itu tanya saja pada orang yg tak suka pada atau pun musuh dia..pasti... segala yang baik-baik pun akan diceritakan nya sebagai jahat"..Pendapat saya sendiri ialah keluarga kita sendiri yang lebih tahu sunnah kita di rumah dan di luar rumah...orang diluar kita hanya tau luaran kita saja dan meneka -neka sunah kita di rumah...(bagaimana fe'el kita di rumah) wallah hu alam

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Semasa bai'ah, tidak ada seorang atau kumpulan yang bangkit untuk melantik Saidina Ali sebagai pengganti kepada Rasulullah dan kaitkan peristiwa Ghadir Khum dengan isu pelantikan pengganti Rasulullah. Dan Daidina Ali sendiri tidak tahu yang beliau adalah pengganti kerana selepas mengkebumikan Rasulullah, beliau pulang ke rumahnya untuk mengumpulkan Quran dan tidak mentadbir negara sebagaimana sepatutnya. Saidina Ali sendiri tidak mahu bertemu orang ramai dan sebaliknya membiarkan isterinya meraikan tetamu yang bertandang ke rumahnya.

    ReplyDelete
  6. syiah imamiyah ialah syiah yg dibawa oleh imam hussain .

    ReplyDelete
  7. SYIAH ALI & KECINTAAN AHLULBAIT NABI... Ajaran Syiah telah ujud sejak ada hayat Rasululah SAW tetapi ngak menyerlah lagi. Walo pun ada keretakan2 antara Tok Imam Ali dgn Puak 28 Kapir Kuraisy, namun Kesatuan Ummah Muslim maseh bisa disatukan dibawah Payung Nabi. Tok Imam Ali orang yg paling kanan paling rapat dgn Nabi, kedua mereka dari Nasab Pilihan yg sama Bani Hasyimi. Tok Imam Ali dialah sahabat sejati, dialah sepupu Nabi, lagi menantu Nabi, lagi "Pemegang Amanah" sementara Nabi, paling setia kepada Nabi. Ilmu2 Allah yg ada didada Nabi, ada pula pada Tok Imam Ali. Sebab itu dibilangkan Tok Imam Ali itu dia "Gudang Ilmu" nya Nabi". Malah Tok Imam Ali (ketika maseh kanak2) dgn Opah Siti Khodijah, merekalah Ahlulbait2 pertama memelok Islam berbaiah terus dgn Nabi. Kalo Tok Imam Ali itu kukunya, makanya Nabi itu isinya. Dimana ada Nabi disitu beradanya itu Tok Imam Ali.

    PUAK 28 KAPIR KURAISY & THE GANGS... Setelah Rasulullah SAW wafat, amanah wasiat Nabi mahukan Tok Imam Ali sebagei pengganti telah dinodai oleh 3 Pembesar dari Puak 28 Kapir Kuraisy. Gara2 kelicikan pecah amanah Puak 28 Kapir Kuraisy and their Gangs, jawatan Khalifah 1, 2, 3 sileh berganti diterajui oleh 3 Pembesar dari Puak 28 Kapir Kuraisy. Bermula dari sini, Kesatuan Ummah Islam telah retak terbelah 2 menjadi : (1) Syiah Ali serta pengikut setianya yg mencintai Ahlulbait Nabi. (2) Puak 28 Kapir Kuraisy and the Gangs serta pengikut2 setia mereka kononnya mereka itu 3 Sahabat Nabi. Maka Mazhab Islam yg tertua adalah Ajaran Syiah Ali. Selama 41 tahun mereka merampok kuasa tahta Ahlulbait dari Tok Imam Ali, akhirnya Ajaran Doktrin Sunni (ASWJ) direkacipta dgn segera, termaktob bertapak kukoh, tersebar luas sana sini. Selepas 41 tahun giliran Tok Imam Ali pula menjawat Khalifah Ke4. Namun Ajaran Syiah Ali sukar diterima pakei, melaenkan dari kalangan Ahlulbait Nabi serta pencinta2 Syiah Ali.

    DOKTRIN IMAM 12 SYIAH IRAN... Walo pun Ajaran Syiah Ali sukar diterima diguna-pakei, tetapi jangan dilopa. Perbanyakanlah minum minuman segar Power Root Tongkat Ali, sehat badan senang hati silap hari bebinik cabot lari. Kepada para Ibuk utk imbanginya galakkan mereka mmm... dgn minum minuman Kacip Fatimah. Bageimana dan dari mana datangnya sejarah susunatur Family Tree Imam 12 Syiah Iran itu..?? Wallahu'alem... "Tok Habib Hussein Lampoyang sentiasa memerhati - Tok Zulqarnaen sekadar memperingati hanya seket2 mengkhabari"...

    ReplyDelete
  8. DOKTRIN IMAM 12 PEGANGAN PUAK SYIAH -
    APAKAH MATALAMAT IMAM 12 SYIAH ITU..??

    Dari manakah datangnya susunatur Family Tree Imam 12 Syiah itu, hanya Puak Syiah jua yg tahu. Samada bener ato palsu ato merapu susunatur tersebut hanya Sang Ratu Adil Sejati (aka Imam Mahdi Sejati) itu jua yg bisa tahu, sebab dia itu dibimbingi. Apakah matalamat Imam 12 Syiah itu..?? Tidak laen kemuncaknya yg dinanti kebangkitan Sang Penyelamat diAkhir Zaman, yg dimaksodkan adalah Imam Mahdi AlMuntazar, Imam Ke12 Imam Mahdi Syiah - Muhammad Hassan AlAskari...

    Baru2 ini Dunia Arab telah dikejutkan dgn berita kematian Raja Abdullah pemerintah Regim Bani Saud Wahabbi. Kematiannya sudah lebeh awal, tetapi comaan diatur dan diistiharkan pada 23 Jan 2015, karena kononnya ambil sempena berkat hari Jumat. Sebelum kematiannya sebenernya "Games Of Throne" dlm perebutan tahta antara anak2 Raja Saud dari golongan tua dgn golongan cucu2nya yg muda lagi berkaliber, telah lama bermula. Namun Raja Salman dari anak2 golongan yg tua telah dinobatkan pengganti, sebagei Raja Pemerintah Regim Bani Saud yg baru.

    Antara puak yg paling gembira dgn berita kematian tersebut adalah Puak Syiah, karena sebab2 tertentu. Dlm satu Prophecy Syiah ada satu Hadis yg bermaksod : "Kapan matinya Raja Abdullah dari Bani Saud pemerintah Mekah dan Madinah, itu satu petanda kebangkitan Imam Mahdi AlMuntazar Syiah sudah semakin dekat". Bageimana kesah sejarah Imam Mahdi AlMuntazar Imam Ke12 pujaan Syiah itu? Puak Syiah telah mitoskan dia telah hilang dlm sebuah Gua diJamkara Iran, semasa zaman kanak2nya. Lantas dipercayai telah dighoibkan, bakal dibangkitkan sebagei Imam Mahdi AlMuntazar ato Imam Zaman. Dia difahamkan akan merampas semula Mekah dsbnya, serta bawa semula ajaran Islam Sejati yg telah dipesongkan.

    Kesah kehilangannya keghoibannya sudah melebehi 1,000 tahun, namun dia dipercayai oleh Puak Syiah akan dibangkitkan. Bisakah..?? Tidak mustahil, karena ada dalil seperti kesah Pemuda2 Beriman dari Gua Ashabul Kahfi dibangunkan semula setelah mereka ketiduran sesekian lama.... Seperti juga Puak Arkam bilang mbah Abuya mereka walo sah mati, mereka yakin dia ngak mati comaan dighoibkan diGua Ashabul Kahfi. Tetapi hingga kini mbah Abuya mereka maseh belum menjelma lagi.... Berbalik semula keDunia Syiah : Tetapi Puak Syiah ngak tahu mmm... ada satu lagi cerita sebener yg sengaja Ayatollah2 Syiah sorokkan. Apakah cerita kesah sebenernya...???

    ..... WALLAHU'ALEM .....

    ReplyDelete
  9. DOKTRIN IMAM 12 SYIAH - SIAPA MEREKA ITU YG LAYAK
    DIBILANGKAN AHLULBAIT NASAB BLOODLINE NABI..?

    Siapa mereka itu yg layak dibilangkan Ahlulbait Nabi? Pegangan Puak Syiah mereka ambil dalil Surah Ahzab ayat 33. Puak Syia fahamkan bermula mereka dari 4 orang - Tok Imam Ali (Menanti Nabi), Siti Fatimah Zaharah (Putri Nabi), AlHassan dan AlHussein (2 Cucu Nabi). Dari 4 individu itu setelah nasab2 mereka berkembang, disusun-aturkan titian nasab2nya hingga ujud hirarki Family Tree Imam 12 Syiah itu. Kemuncak Doktrin Imam 12 Syiah itu adalah menanti kebangkitan Imam Ke12, Imam Mahdi Syiah, Muhammad Hassan AlAskari. Pendapat Tok Habib Hussein Lampoyang, Ahlulbait bermula dari Saka-Baka Opah Siti Khodijah dgn Atok Nabi SAW. Dari sini lahir Putra2 dan Putri2 Nabi. "Ahlulbait Sejati" terletak pada AlQasem putra pertama Nabi. Namun AlQasem serta putra2 laen diwafatkan dizaman kanak2 lagi. Maka terputus sudah talian anak lelaki sebagei Baka penyambong Nasab Bloodline Nabi....

    Maka tinggal harapan pada Putri2 Nabi sebagei penyambong talian Nasab Nabi. Dari Saka-Baka Siti Fatimah dgn Tok Imam Ali sebagei penzahir "Separuh Ahlulbait" hingga ujud cucu2 Nabi, AlHassan dan AlHussein, 2 putra Tok Imam Ali, sebagei penyambong warisan Nabi. Namun antara 2 cucu lelaki Nabi, tersembunyi seorang "Insan Misteri", karena kewujudannya tersangat mistri. Lantas Nabi sendiri yg berikan dia gelaran "Sayyedina" karena dia sebener2 dari Bloodline dari Sulbinya Nabi. Hanya mereka yg beriman dgn Qudrat Iradat Ilahi, beriman dgn Mukjizat Nabi serta Ratu Adil Sejati yg bisa mengerti setelah dicerahi....

    Imam Ke12 Syiah, rata2 Puak Syiah percaya dia telah hilang dlm sebuah gua DiJamkara Iran ketika diusia kanak2. Karena lama hilang sering jadi pertanyaan, lantas dimitoskan dia telah dighoibkan. Dia diramalkan bakal bangkit sebagei Imam Mahdi AlMuntazar yg akan menakluki dunia. Keghoibannya sudah menjangkau melebehi 1,000 tahun. Rata2 Puak Syiah fenin berat kepala namun maseh bisa sabar lagi menanti. Depan makamnya ada yg menangis hantok2 kepala meratap merayu pintak itu dan ini, dsbnya lagi. Namun dia yg dinanti, maseh diam membisu menyepi..

    Dari saorang Ahlulubait asal berasal leluhurnya dari Parsi telah bukakan : Sebenernya Imam ke12 Syiah telah wafat mati dibunuh diusia kanak2 lagi. Utk elak balas dendem, berlaku tumpah darah permusuhan yg berpanjangan, dia dimitoskan telah hilang dlm sebuah Gua diJamkara Iran. Terlalu lama mencari ngak bisa lagi ketemu lantas dimitoskan lagi dia telah dighoibkan. Cobak renongkan semula kesah pegangan Puak Arkam, bukankah kesah mati ghoib mbah Abuya mereka hampir sama dgn mati ghoib Imam Ke12 Syiah..?? Memang bener dlm Mistik Islam ujud mereka berdarjat Rijal Ghoib. Namun calon2 Rijal Ghoib bukan dari sembarangan orang. Jangan lagi berpegang pada orang mati. Cari dan berpegang pada penzahiran-Nya Yg Hidup.. AlHadis : "Sekiranya kamu ketahui dimana beradanya itu AlMahdi, maka bersegeralah kamu berbaiah dgnnya. Walo pun utk ketemu dgnnya, kamu terpaksa merangkak atas salji"....

    Apakah hanya diIran itu jua terdapat Ahlulbait2nya Nabi..?? Ngak dinafikan bumi Iran itu bisa diberi jolokan "Land Of The Ahlulbaits". Sebab isteri Tok Habib Imam Sayyedina Hussein AS adalah saorang Puteri Parsi. Namun "Ahlubait Sejati" dari Bloodlines Rasulullah SAW sentiasa diburu, dibunuh. Karena ketakutan ramei yg buang title Syed, ramei yg telah berhijrah berpindah keluar. Kini telah berkembang berjuta2an bertaburan diserata pelusuk bumi. AlHadis : "Islam bakal bangkit semula dari Timur (Nusantara)". Sabdanya lagi : "Tuntutlah ilmu walo sampei kenegeri China". Dari 2 Hadis tersebut tersembunyi riwayat 7 beradik Ahlulbait yg dinamakan "Wali 7 Alam Nusantara" hingga keChina. Riwayat mereka dilenyapkan dipadem dari cacatan Sejarah Kemasukan Awal Islam keNusantara, dgn kemasukan Walisongo / Wali 9 Tanah Jawa itu....

    Siapa mereka itu "Wali 7 Alam Nusantara dan China" itu.......???

    ..... WALLAHU'ALEM .....







    ReplyDelete
  10. SEJARAH IMAM 12 SYIAH - IMAM MAHDI MUHAMMAD HASSAN ALASKARI
    BISAKAH IMAM KE12 SYIAH BANGKIT SEBAGEI IMAM MAHDI ALMUNTAZAR?

    AlHadis : "Jika sekiranya usia bumi ini hanya tinggal sehari lagi (akan kiamat), nescaya Allah akan bangkitkan keturunan-ku (Ahlubait dari Sulbi Nabi) yg akan memenuhi semula bumi ini dgn Keadilan dan Kemakmuran, sebageimana bumi sebelumnya telah dipenuhi dgn kesesatan kekufuran dan kezaliman..."

    Yg dimaksodkan Ahlulbait dari Sulbinya itu dialah Ratu Adil Sejati (aka Imam AlMahdi), yg hanya terbit dari pancaran titian Bloodline AlHussein. Maka Bloodline AlHussein sudah berkembang berselerakan diserata pelusuk bumi. Antaranya yg ramei Lineage AlHussein adalah diIran / Parsi. Maka Doktrin susun-atur Imam 12 Syiah itu bener tetapi ada 2 kekeliruan, kewujudan Tok Imam Ali dgn AlHassan (termasuk Siti Fatimah Zaharah) yg diagung2kan sangat oleh Puak Syiah sebagei tunjang paling atas... Sejarahnya Rasullullah SAW pernah berwasiat kepada Tok Imam Ali : "Ya Ali, kapan ketiadaan-ku nanti, dikau berikan "2 Pusaka Mukjizat"-ku kepada Ahlulbait-ku AlHussein ini, menjelang dewasanya nanti utk dia menerajui Akhirul Zamani". Bermakna antara syarat2 menjawat tugas Ratu Adil Sejati (aka Imam AlMahdi) adalah 2 perkara paling utama :

    (1) Dia wajib bernasab dari Bloodline Imam Sayyedina Hussein (Anak Pintak / Anak Mukjizat Nabi). Antaranya hanya Anak Dajjal Sang Yazid Muawiyyah Laknatullah, dari Puak Sunni ASWJ, dari suku-sakat Puak 28 Kapir Kuraisy & the 3 Gangs, sudah tahu siapa dia AlHussein. Sebab itu konspirasi melenyapkan genetic AlHussein serta Ahlulbaitnya, maka tersurat sudah sejarah Paling Hitam bagi Ahlulbait dibumi Karbala....

    (2) Dia wajib memiliki berada ditangannya "2 Pusaka Mukjizat Nabi" utk menerajui Akhirul Zamani. Tanpa "2 Pusaka Mukjizat Nabi" itu usah dimimpikan akan bangkitnya Imam AlMahdi. Sudah Qudrat Irodat Allah Rabbul Jalal, dipertaruhkan-Nya hanya pada "2 Pusaka Mukjizat Nabi" utk membunuh hayat melenyapkan kuasa Sang Dajjal AlMasikh serta sekutunya Makhlok Perosak Sang Yakjod Makjod. Tanpa "2 Pusaka Mujizat Nabi" itu Dunia Islam Syiah dan Sunni maseh syok sendiri bermimpi mengigau lagi disiang hari...

    Baiklah, anggapkan saja Imam Ke12 Syiah yg sudah 1,000 tahun lebeh hilang ghoib itu maseh hidup, bakal dimuncolkan semula sebagei Imam Mahdi AlMuntazar. Soalnya apakah "2 Pusaka Mukjizat Nabi" itu kini maseh berada diIran dibumi Parsi ato diKarbala Iraqi...? Soalnya lagi : Apakah dia barangnya ato bendanya "2 PUSAKA MUKJIZAT NABI" itu, sebagei syarat menjawat Ratu Adil Sejati (aka Imam AlMahdi), bertugas besar hingga meliputi Alam Semesta Raya itu...???

    "Ratu Adil Sejati sentiasa memerhati - Tok Zulqarnaen bersiap sedia menghukumi..."

    ..... WALLAHU'ALEM .....

    ReplyDelete
  11. SEJARAH IMAM 12 SYIAH - MENANTI KEBANGKITAN IMAM MAHDI ALMUNTAZAR
    SYARATNYA (1) DIA WAJIB NASAB AHLULBAIT NABI DARI BLOODLINE ALHUSSEIN
    (2) DIA WAJIB ADA DITANGANNYA MILIKI KUASAI "2 PUSAKA MUKJIZAT NABI.."

    SYAHID GUGURNYA IMAM SAYYEDINA HUSSEIN AS DIBUMI KARBALA : Allah Rabbul Izzati Maha Merencana. Patahnya bertumbuh hilangnya berganti. Satu2nya putra kecilnya yg terselamat dialah Sayyedina Ali Zainal Abiden. Kapan dewasa bermula tugas2 Imam Ali Zainal Abideen sebagei Baka Penyambong warisan Nabi. Setelah bernikah dgn isteri2nya dikurniakan Ahlulbait2 Nabi 6 Generasi. Maka Ahlulbait Syiah asal berasal dari Ibu Ke3 dari Generasi Ke3. Mereka menetap bermukim berkeluarga dibumi Parsi Irani hingga kini. Oleh karena Ahlulbait Nabi sering diburu dibunuh, yg laen2 ramei yg keluar berhijrah bertaburan keserata pelusok bumi....

    2 PUSAKA MUKJIZAT NABI : Syarat Kedua ngak pasti lagi, karena "2 Pusaka Mukjizat Nabi" ngak ada diParsi ato diKarbala Iraqi. Oleh itu kebangkitan Imam Mahdi Syiah AlMuntazar bisa diragui ngak pasti lagi. Apakah dia barangnya ato bendanya "2 Pusaka Mukjizat Nabi" itu, sebagei syarat menjawat Ratu Adil Sejati (aka Imam AlMahdi), yg memikol tugas berat hingga meliputi Alam Semesta Raya nanti..?? Dua Mukjizat Pusaka Nabi itu sentiasa jadi rebutan diAlam Wali. Nabi pernah berwasiat kepada Tok Imam Ali : "Ya Ali, kapan ketiadaan-ku dikau serahkan 2 Pusaka Mukjizat-ku ini kepada Ahlulbait-ku utknya terajui Akhirul Zamani nanti..." Apakah 2 Mukjizat Pusaka Nabi itu..??

    PERTAMA - KITAB MUKJIZAT MUQADDAM NABI : Kitab original tertulis disalin oleh Tok Imam Ali diawasi oleh Nabi, keatas sekeping Kulit Unta, hasil pertapaan Nabi diGua Hiraq selama 44 hari. Setelah wafat Nabi dan Tok Imam Ali, kitab tersebut disimpan rapi oleh Fatimah Zaharah. Akhirnya diserah oleh Fatimah Zaharah kepada AlHussein, itulah satu2 Pusaka Nabi diberi kepada AlHussein AS. Lain2 harta pusaka Nabi dgn Opah Siti Khodijah semuanya disonglap dibolot oleh Fatimah dan anaknya AlHassan. Kali terakhir Kitab tersebut berada ditangan Imam Sayyedina Hussein AS (Anak Mukjizat Nabi). Setelah dia gugur Syahid kemana ia hilang ghoib dibawa pergi ngak ada siapa yg bisa ketahui.. ( Rujuk Pencerahan - Batahan Syiah terhadap Mushaf AlQuran ).

    KEDUA - PEDANG MUKJIZAT ZULFAKAR NABI : Setiap Kenabian Allah kurniakan sesuatu Mukjizat kepada Rasulnya utk menegakkan kebeneran-Nya. Seperti Pak Moses dgn Mukjizat Tongkat Sakti. Oleh karena Tok Imam Ali yg sering gunakan dlm peperangan, hingga ramei orang sangkakan dia Pedang Zulfakar Ali. Kehebatan Pedang Zulfakar Nabi, kalo Tok Imam Ali bawa berperang, ngak kurang dari 70 musuh tewas mati ditangan Tok Imam Ali saorang. Sebab itu pewaris2 simati sentiasa berdendem dgn Tok Imam Ali. Koq itu antara sebabnya mengapa ramei Sunni yg bencikan Syiah Ali... Sebenernya ia pedang peribadi Kenabian Nabi. Setelah Tok Imam Ali wafat, kali terakhir Pedang Zulfakar Nabi itu berada ditangan Fatimah Zaharah dgn Imam Hassan Syariff. Ribuan tahun lebeh berlalu, dimana perginya Pedang Mukjizat Zulfakar Nabi? Tanyakan pada pewarisnya dari Keluarga Hassan Syariff....

    Maka biarkan Bumi Parsi Irani ato Karbala Iraqi terkenal dgn jolokan "The Lands Of The Ahlulbaits". Namun ngak bisa bawa Islam kemartabatnya yg sebener. Hingga Islam Tulen bangkit semula dari Bumi baru yg beri jolokan dgn "The Lands Of The Walis"... Walo pun Wali maka mahu diawasi karena : Ada Wali Setan senang dicari memukaukan hati. Ada Wali Sejati sukar dikenali itu yg mahu diikuti. Dimanakah beradanya Bumi Para Wali itu..?? Jawabannya ngak tahu... Hari2 suka makan pengat, sendiri mesti ingat. Hari2 suka makan taufu, sendiri mesti tahu...

    "Tok Habib Hussein Lampoyang, aka Pewaris Sah Sang Saka Merah Puteh, kapan terkenangkan naseb malang AlHussein Bloodlinenya sendiri, luka lamanya berdarah semula, hinggkan dia menitiskan air mata - Tok Zulqarnaen tunduk turut bersedeh mmm... membisu ngak berkata walo sepatah bahasa..."

    ..... WALLAHU'ALEM .....

    ReplyDelete
  12. sudahnya blog ini jadi tempat nyebar pahaman syiah. kita Ahlussunnah tetap wajib mencintai Rasulullah Serta ahlulbait...jua mencintai sohabah yang telah pasti2 assabiqunal awwalin yang di sebut2 dalam Alquran selalu....siapalah kita ini hendak mengkafirkan para sohabah yang mulia sedang ALLAH sendiri menetapkan larangan mengkafirkan sesama sendiri....apatah lagi mereka yang diridhai....fikir2kanlah....

    ReplyDelete
  13. Pelopor syiah adalah abdullah bin saba' seorang yahudi,dimana kaum yahudi merasa terhina sebab Rosul terakhir bukan dari kaum yahudi,memang syiah dan org yahudi israel saudara sesusuan,jangan sok paling benar wahai pengikut yahudi,baca sejarahmu dg benar baru kau cuap2

    ReplyDelete
  14. tetap mencari kebenaran sampai akhir hayat..

    http://taw-heed.blogspot.co.id/2015/09/syiah-imamiyah.html?m=1

    ReplyDelete